25 Oktober 2007

EMPAT PERKARA

EMPAT PERKARA YANG PERLU DIJAGA

Empat perkara sebaik-baik penjaga :
1. Bermula hidup itu ada kesudahannya iaitu mati, maka hendaklah kamu ingat untuk matinya
2. Sakit - hendaklah kamu ikhtiar ubatnya
3. Seteru – hendaklah kamu jauh daripadanya
4. Sahabat – hendaklah kamu bersungguh-sungguh kekal dengannya

Empat perkara yang yang memberi kesempurnaan atas tiap-tiap seorang :
1. Diamkan diri daripada berkata-kata yang tiada berfaedah
2. Segera berfikir
3. Segera berikhtiar
4. Banyak bersabar

Empat perkara yang merosakkan :
1. Terlampau benci kepada musuh
2. Terlampau kasih kepada taulannya hingga kepadanya diserah segala rahsia
3. Tidak mahu bertanya barang yang ia tiada ketahui
4. Sentiasa berharap dengan tiada ada ikhtiarnya

Empat seteru bagi rumahtangga :
1. Isteri yang tiada bermuafakat
2. Bebal
3. Kedatangan pencuri
4. Api, jika tiada dipelihara akan dia

Empat perkara yang memberi hina :
1. Banyak menanggung hutang
2. Harta yang diperintah [yang dikuasai] oleh orang lain
3. Tiada mendapat pertolongan
4. Tiada datang tetamu [dhif] bagi jamuannya

Dipetik daripada;
Kitab Senjata Hikmat
Mukasurat 57 – 58

Created by : http://dayangku.blog.com

Tiada ulasan: