30 Oktober 2007

Lagu Nostalgia Melayu MP3

Di antara lagu-lagu lama yang tetap segar sepanjang zaman. Sila download
1. Ahmadi Hassan - Tiada Yang Kekal
2. Aris Ariwatan - Satu
3. Goodman Brothers - Apakan Daya Orang Tak Suka
4. Kopratasa - Tetamu Senja
5. SM. Salim & M. Nasir - Seloka Cak Kun Tak

25 Oktober 2007

Nasyid Nostalgia

A. Di antara beberapa lagu nasyid yang popular suatu masa dulu
1. Orkes El Suraya Medan - Hidup Manusia
2. Orkes El Suraya Medan - Selimut Puteh
3. Orkes El Suraya Medan - Harta Dunia
4. Orkes El Suraya Medan - Anak Derhaka
5. Orkes El Suraya Medan - Fatwa Orang Tua
6. Orkes El Suraya Medan - Mohon Dan Pinta
7. Orkes El Suraya Medan - Akhir Hidup
8. Orkes El Suraya Medan - Madah Terakhir
9. Orkes El Suraya Medan - Pinta Dan Doa
10. Orkes El Suraya Medan - Doa Dalam Irama
Sila klik di sini untuk Download

B. Group Balai Asahan - Insaf

EMPAT PERKARA

EMPAT PERKARA YANG PERLU DIJAGA

Empat perkara sebaik-baik penjaga :
1. Bermula hidup itu ada kesudahannya iaitu mati, maka hendaklah kamu ingat untuk matinya
2. Sakit - hendaklah kamu ikhtiar ubatnya
3. Seteru – hendaklah kamu jauh daripadanya
4. Sahabat – hendaklah kamu bersungguh-sungguh kekal dengannya

Empat perkara yang yang memberi kesempurnaan atas tiap-tiap seorang :
1. Diamkan diri daripada berkata-kata yang tiada berfaedah
2. Segera berfikir
3. Segera berikhtiar
4. Banyak bersabar

Empat perkara yang merosakkan :
1. Terlampau benci kepada musuh
2. Terlampau kasih kepada taulannya hingga kepadanya diserah segala rahsia
3. Tidak mahu bertanya barang yang ia tiada ketahui
4. Sentiasa berharap dengan tiada ada ikhtiarnya

Empat seteru bagi rumahtangga :
1. Isteri yang tiada bermuafakat
2. Bebal
3. Kedatangan pencuri
4. Api, jika tiada dipelihara akan dia

Empat perkara yang memberi hina :
1. Banyak menanggung hutang
2. Harta yang diperintah [yang dikuasai] oleh orang lain
3. Tiada mendapat pertolongan
4. Tiada datang tetamu [dhif] bagi jamuannya

Dipetik daripada;
Kitab Senjata Hikmat
Mukasurat 57 – 58

Created by : http://dayangku.blog.com

10 Oktober 2007

LAGU HARI RAYA - Evergreen Punya

Lagu-lagu hari raya yang evergreen, boleh download di sini. Ada 10 lagu saja yang mampu aku bagi. Kalau mau lebih boleh search sendiri maa...banyak laman web di bumi Malaysia ni yang menyediakan benda tersebut. Di antara lagu yang ada di sini ialah :

1. P. Ramlee - Dendang Perantau
2. Jamal Abdillah - Salam Aidilfitri
3. M. Nasir - Satu Hari Di Hari Raya
4. S. Jibeng - Musafir Di Aidilfitri
5. Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf
6. dR. Sam - Esok Hari Raya
7. Aishah - Pulanglah
8. Sanisah Huri - Selamat Hari Raya
9. Raihan - Lebaran Ini
10. Hail Amir & Uji Rashid - Seloka Hari Raya

Klik DI SINI untuk download.

Setelah anda mengelik di situ, kesemua senarai 10 lagu tadi akan tersenarai. Pilih aje lagu mana yang dihajati. OK...Selamat Hari Raya.

09 Oktober 2007

43 Perkara Ringan Yang Menyekat Rezeki

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl Lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. Tidak sembahyang atau solat.
2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. Makan atas pinggan yang terbalik.
4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. Menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. Berwuduk di tempat buang air besar atau air kecil.
7. Suka bersandar pada pintu rumah.
8. Suka duduk di atas tangga.
9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. Tidak membersihkan rumah.
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. Suka tidur di atas muka.
15. Membakar kulit bawang.
16. Menjahit baju yang sedang dipakai.
17. Mengelap muka dengan baju.
18. Berdiri sambil bercekak pinggang.
19. Tidur tidak memakai baju.
20. Makan sebelum mandi hadas.
21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. Lambat pulang dari masjid.
24. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibu bapa dan anak-anak.
25. Kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. Suka memadam pelita dengan nafas.
27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. Memakai seluar sambil berdiri.
31. Memakai serban sambil duduk.
32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. Makan dengan menggunakan dua jari.
34. Berjalan di antara kambing.
35. Berjalan di antara dua perempuan.
36. Suka mempermainkan janggut.
37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. Suka menggigit kuku dengan mulut.
40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. Menguap ketika solat.
43. Meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Created by : http://dayangku.blog.com